Hari Keluarga JMG Perak
Tarikh : 27 April 2013
Tempat : Lost World Of Tambun, Ipoh
Walaupun sedang bercuti belajar pada masa itu tetapi telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Hari Keluaga JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Perak. Bayar RM10 seorang sahja utk anak2 sapa tak nak dan dekat dengan rumah.
Mai Semai Pahang
Thursday, August 21, 2014
Friday, June 20, 2014
Hantar anak melapor sebagai pelajar UiTM Arau
7/6/2014 - menghantar anak sulung (Ranield Ashika A/k Othman) mendaftar sebagai pelajar UiTM Arau. Mengambil Diploma Sains Geomatik. Eloklah ayah geofizik anak pulak dapat geomatik. Semoga berjaya anakku.
Monday, June 11, 2012
Peperiksaan Bermula
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UKM dengan mendapat cuti bergaji tanpa biasiswa (yuran kena bayar sendiri) bermula pada 13 Feb 2012. Sekejap masa berlalu pagi tadi 11/6/2012 telah bermula peperiksaan. Susah jugak dah berumur ni nak belajar. Ada 4 paper lagi menanti. Harap semua paper lepas.
Friday, August 20, 2010
Tuesday, October 20, 2009
Lawatan ke kolam air panas Ulu Selim
Pada hujung bulan September lepas aku dan famili telah telah pergi ke kolam air panas Ulu Selim dan tempat perkelahan Kg. Sungai Bill. Kami bertolak dari Ipoh sekitar pukul 10 pagi. Aku sempat singgah kat kedai runcit beli telur ayam 20 biji dan juga raga besi, peralatan ini penting untuk aktiviti rebus merebus. Sepanjang perjalanan keadaan dalam kereta riuh rendah dengan anak-anak bergaduh, aku dah ada 5 orang anak lelaki berusia dari 3 hingga 13 tahun. Dalam kereta kami pun memang tersedia sebatang rotan untuk tujuan kecemasan bagi mengawal anak-anak. Akhirnya kami sampai ke kolam air panas Ulu Selim pada pkl 11.30 pagi. Tempatnya telah dibina laluan ke tengah kolam. Mata air panas terletak dibahagian tengah dan kita terpaksa melalui titi papan (terkena air situ boleh tanah panas jugak). Wife aku hanya benarkan aku dan 3 anak yang tua untuk pergi merebus telur.Telur dan raga besi dalam proses perebusan
Ranield Ashika (anak sulung) tengah posing kat tempat perebusan
Setelah berjaya merebus telur 20 biji dengan jayanya kami pun bertolak ke tempat perkelahan Kg, Sg. Bill. Nak masuk kena bayar RM1. Kami pun cari tempat pot dan bukak bekal makan bersama telur yg direbus dalam kolam panas lepas tu kami pun mandi sampai mata merah.
Anak bungsu (ikut cakap wife aku) Randall OrdyMonday, October 19, 2009
Jumpa lagi (bah leh lagik)
Hehehe lew betul eng pek bukak blog deh. Nasib ingat lagik password ru ID boleh lah pelet. Eng dah lebih duak tahun dah pindah ma Ipoh deh. Dah kira selesa lah gei pedeh, kenah kenon pun dan kem biasakan diri ru suasa pedeh. Kerja boleh dikatakan lebih rayak lagik banding masa eng kerja tat Kuching jeh.
Wednesday, December 10, 2008
Terima kasih pada pihak JOA yang bagi aku menyewa bilik pada kadar yg murah
Subscribe to:
Comments (Atom)


























