Tuesday, October 20, 2009

Lawatan ke kolam air panas Ulu Selim

Pada hujung bulan September lepas aku dan famili telah telah pergi ke kolam air panas Ulu Selim dan tempat perkelahan Kg. Sungai Bill. Kami bertolak dari Ipoh sekitar pukul 10 pagi. Aku sempat singgah kat kedai runcit beli telur ayam 20 biji dan juga raga besi, peralatan ini penting untuk aktiviti rebus merebus. Sepanjang perjalanan keadaan dalam kereta riuh rendah dengan anak-anak bergaduh, aku dah ada 5 orang anak lelaki berusia dari 3 hingga 13 tahun. Dalam kereta kami pun memang tersedia sebatang rotan untuk tujuan kecemasan bagi mengawal anak-anak. Akhirnya kami sampai ke kolam air panas Ulu Selim pada pkl 11.30 pagi. Tempatnya telah dibina laluan ke tengah kolam. Mata air panas terletak dibahagian tengah dan kita terpaksa melalui titi papan (terkena air situ boleh tanah panas jugak). Wife aku hanya benarkan aku dan 3 anak yang tua untuk pergi merebus telur.















Telur dan raga besi dalam proses perebusan















Ranield Ashika (anak sulung) tengah posing kat tempat perebusan

Rayyen Oska (anak ke3) pun nak posing jugak

Setelah berjaya merebus telur 20 biji dengan jayanya kami pun bertolak ke tempat perkelahan Kg, Sg. Bill. Nak masuk kena bayar RM1. Kami pun cari tempat pot dan bukak bekal makan bersama telur yg direbus dalam kolam panas lepas tu kami pun mandi sampai mata merah.


Gambar ini tiada kaitan dgn kolam air panas, budak yg tengah makan ni Raikal Orvin (anak ke4) nak juga gambar dia ada dalam blog ni.

Ini pun tak ada kaitan, Randy Ohera (anak ke2)

Anak bungsu (ikut cakap wife aku) Randall Ordy

No comments: