Hari Keluarga JMG Perak
Tarikh : 27 April 2013
Tempat : Lost World Of Tambun, Ipoh
Walaupun sedang bercuti belajar pada masa itu tetapi telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Hari Keluaga JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Perak. Bayar RM10 seorang sahja utk anak2 sapa tak nak dan dekat dengan rumah.
Thursday, August 21, 2014
Friday, June 20, 2014
Hantar anak melapor sebagai pelajar UiTM Arau
7/6/2014 - menghantar anak sulung (Ranield Ashika A/k Othman) mendaftar sebagai pelajar UiTM Arau. Mengambil Diploma Sains Geomatik. Eloklah ayah geofizik anak pulak dapat geomatik. Semoga berjaya anakku.
Monday, June 11, 2012
Peperiksaan Bermula
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UKM dengan mendapat cuti bergaji tanpa biasiswa (yuran kena bayar sendiri) bermula pada 13 Feb 2012. Sekejap masa berlalu pagi tadi 11/6/2012 telah bermula peperiksaan. Susah jugak dah berumur ni nak belajar. Ada 4 paper lagi menanti. Harap semua paper lepas.
Friday, August 20, 2010
Tuesday, October 20, 2009
Lawatan ke kolam air panas Ulu Selim
Pada hujung bulan September lepas aku dan famili telah telah pergi ke kolam air panas Ulu Selim dan tempat perkelahan Kg. Sungai Bill. Kami bertolak dari Ipoh sekitar pukul 10 pagi. Aku sempat singgah kat kedai runcit beli telur ayam 20 biji dan juga raga besi, peralatan ini penting untuk aktiviti rebus merebus. Sepanjang perjalanan keadaan dalam kereta riuh rendah dengan anak-anak bergaduh, aku dah ada 5 orang anak lelaki berusia dari 3 hingga 13 tahun. Dalam kereta kami pun memang tersedia sebatang rotan untuk tujuan kecemasan bagi mengawal anak-anak. Akhirnya kami sampai ke kolam air panas Ulu Selim pada pkl 11.30 pagi. Tempatnya telah dibina laluan ke tengah kolam. Mata air panas terletak dibahagian tengah dan kita terpaksa melalui titi papan (terkena air situ boleh tanah panas jugak). Wife aku hanya benarkan aku dan 3 anak yang tua untuk pergi merebus telur.Telur dan raga besi dalam proses perebusan
Ranield Ashika (anak sulung) tengah posing kat tempat perebusan
Setelah berjaya merebus telur 20 biji dengan jayanya kami pun bertolak ke tempat perkelahan Kg, Sg. Bill. Nak masuk kena bayar RM1. Kami pun cari tempat pot dan bukak bekal makan bersama telur yg direbus dalam kolam panas lepas tu kami pun mandi sampai mata merah.
Anak bungsu (ikut cakap wife aku) Randall OrdyMonday, October 19, 2009
Jumpa lagi (bah leh lagik)
Hehehe lew betul eng pek bukak blog deh. Nasib ingat lagik password ru ID boleh lah pelet. Eng dah lebih duak tahun dah pindah ma Ipoh deh. Dah kira selesa lah gei pedeh, kenah kenon pun dan kem biasakan diri ru suasa pedeh. Kerja boleh dikatakan lebih rayak lagik banding masa eng kerja tat Kuching jeh.
Wednesday, December 10, 2008
Terima kasih pada pihak JOA yang bagi aku menyewa bilik pada kadar yg murah
Friday, November 2, 2007
Sambung
Dah lebih 2 bulan aku transfer ke Ipoh itu pasal le lama tak hantar post baru. Dalam masa 2 bulan ni dah 2 kali aku berulang ke Kuching menjenguk isteri dan anak2 kat sana. Minggu depan masa Depavali nak balik sana lagi diharap kali ni dapat bawa famili sekali datang Ipoh. Mintak2 dalam masa itu wife aku dapt surat transfer ke sekolah kat Ipoh ni.
Friday, August 10, 2007
Wednesday, August 8, 2007
Aku lewat
Kat traficlight ni aku terpaksa tunggu lama, lampu hijau dah berap puluh kali tapi aku masih kat situ jugakBiasanya jalan kat Kuching ni tak le sebuk sangat, aku biasanya sampai kat opis dalam sekitar 7.40 pagi. Pagi ni tadi keluar je rumah pukul 6.40 pagi dah tengok sesak jalan dalam hati aku dah suspen mesti lewat ni. Mula2 hantar ada 3 orang kat rumah penjaga, maklumlah kat rumah tak ada sapa aku ngan wife kerja. Pastu hantar wife aku ngan anak aku kat sekolah. Dah pukul 7.10 pagi, gi hantar anak yg nombor 3 pulak kat tadika.
Lepas hantar anak nombor 3 aku pun fikir baik pakai motorsikal boleh celok2 je. Patah balik rumah nak ambik motorsikal. Elok je tutup pagar, aku pun start motor, masuk gear pulas minyak motor pun jalan. Rasa lain macam je macam naik kuda pulak, cek2 rupanya tayar motor pancit celaka....
Paksa patah balik ambik kancil, memang sure merah le ni
Akhir nya aku sampai juga ke opis tepat pukul 8.22 pagi
Monday, August 6, 2007
Post Pengenalan
Apa le gatal2 tangan nak bukak laman blog ni. Mampu ke aku nak update nanti? Entah, lantaklah tengoklah nanti apa aku nak buat dalam bog ni aku belum tau lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




























